Skip to main content

ESL sebelum ini telah mengumumkan yang Snapdragon Pro Series Musim 6 Asia Pasifik – Challenge Finals akan berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, walaupun berlangsung di Malaysia akan tetapi hanya satu pasukan dari Malaysia sahaja yang akan terlibat iaitu Selangor Red Giants.

Dua lagi pasukan dari Malaysia iaitu HomeBois dan Todak tidak berjaya untuk mendapat slot kelayakan di Challenge Season yang berlangsung pada minggu lepas yang memperlihatkan ONIC Filipina, RRQ Hoshi, EVOS Holy, Bigetron Alpha, Aurora Gaming dan Team Liquid ID yang melayakkan diri.

Mereka akan menyertai Selangor Red Giants, See You Soon, Fnatic ONIC PH, Falcon Esports, Falcon AP. Bren dan NIP Flash yang mendapat jemputan secara terus. 12 pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan seperti berikut:

Kumpulan AKumpulan B
Bigetron AlphaAurora Gaming
NIP FlashEVOS Holy
ONIC FilipinaFalcons Esports
See You SoonFalcons AP. Bren
Selangor Red GiantsONIC
Team Liquid IDRRQ Hoshi

Peringkat kumpulan akan berlangsung pada 10 sehingga 12 Februari dan Peringkat Kalah Mati akan berlangsung pada 14 sehingga 16 Februari 2025. Selain merebut hadiah terkumpul $150 ribu, setiap pasukan juga akan mengejar 5 slot untuk ke Snapdragon Pro Series: Mobile Masters 2025 yang akan berlangsung di Tennis Indoor Stadium Senayan, Indonesia.

Mobile Masters 2025 akan melibatkan 12 pasukan iaitu 6 pasukan dari Challenge Asia Pasifik, iaitu 5 slot dari Challenge Finals dan menyertai Team Liquid ID yang mendapat jemputan terus selaku pasukan tuan rumah. 3 pasukan dari Challenge EMEA, 2 pasukan dari Challenge LATAM dan 1 pasukan dari China.

Mereka akan bertanding bermula pada 7 April sehingga 13 April 2025 dan merebut hadiah terkumpul $200 ribu.

Leave a Reply