Skip to main content

Capcom telah mengumumkan yang watak DLC seterusnya untuk Street Fighter 6 iaitu Mai Shiranui akan tiba secara rasmi pada 5 Februari 2025.

Selain itu, mereka juga berkongsi video tatamain untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Mai merupakan watak daripada permainan pertarungan oleh SNK iaitu Fatal Fury dan pertama kali hadir sebagai watak jemputan untuk Street Figther 6.

Mai Shiranui disertakan sebagai watak Tahun 2, selepas M. Bison dan Terry Bogard disertakan sebelum ini dengan Elena akan menyusur.

Street Fighter 6 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply