Sony Pictures telah memperlihatkan treler acah untuk filem berdasarkan permainan seram Until Dawn, seperti sedia maklum, filem ini berlaku di dalam dunia yang sama dengan permainan tetapi dengan watak dan penceritaan serba baharu.
Antara tarikan permainan Until Dawn adalah mengikut pilihan pemain pelbagai kejadian boleh berlaku dan juga kematian boleh terjadi. Bagi membawa konsep tersebut di dalam filem ini, selepas sesuatu berlaku kepada watak di dalam filem ini, mereka tampaknya boleh kembali ke masa lepas dan melakukan dengan cara yang berlainan.
Di dalam permainan video, perkara ini boleh dikatakan sebagai “save scumming” tetapi di dalam filem ini diperlihatkan satu jam pasir yang akan berpusing jika kembali ke masa lepas.
Filem ini memfokuskan kepada Clover dan kawan-kawannya telah pergi ke satu tempat terpencil selepas kakaknya Clover Melanie menghilangkan diri. Semasa berada di pusat pelawat yang terbiak, mereka dapati telah menjadi buruan satu entiti misteri yang membunuh mereka, berbanding terus mati mereka kembali ke permulaan hari.
Senarai pelakon yang terlibat ialah Odessa A’zion, Maia Mitchell, Michael Cimino, Ella Rubin, Belmont Cameli, Ji-young Yoo dan Peter Stromare yang disahkan akan membawa watak Dr. Hill daripada permainan video.
Filem ini diarahkan oleh David F. Sandberg dan ditulis oleh Blair Butler dan Gary Dauberman. Ia dijangka akan tiba sekitar tahun ini.
Permainan Until Dawn pada tahun lepas telah menerima versi olahan semula untuk PlayStation 5 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami – Ulasan Until Dawn (2024).