Skip to main content

Netflix hari ini telah mengumumkan tiga lagi pelakon yang akan terlibat dengan musim kedua bagi siri aksi nyata One Piece.

Mereka mengumumkan yang Sophia Anne Caruso akan membawa watak Miss Goldenweek iaitu salah seorang daripada ejen Baroque Works.

Mereka juga mengumumkan Anton David Jeftha yang membawa watak Kuromarimo (K.M.) dan Mark Penwill akan membawa watak Chess, kedua-dua mereka adalah sebahagian daripada Bliking Pirates yang diketuai oleh Wapol.

Sebelum ini, Netflix telah mengumumkan pelakon untuk watak seperti Mr. 0, Miss Wednesday, dan Mr. 3.

Netflix boleh dilanggan dengan harga langganan bermula RM18.90 sehingga RM62.90.

Baca: Ulasan One Piece (Netflix)

Leave a Reply