Apple TV+ telah berkongsi treler untuk Prime Target iaitu siri yang akan disiarkan di platform tersebut bermula pada 22 Januari 2025 untuk dua episod pertama dengan 6 lagi episod akan tiba secara mingguan sehingga 5 Mac 2025.
Siri ini dibintangi oleh Leo Woodall sebagai Edward Brooks dan Quintessa Swindell sebagai Taylah Sanders dan dihasilkan oleh Thompson.
Siri ini memfokuskan kepada Edward Brooks seorang pelajar lepasan ijazah yang hampir mencari corak untuk nombor perdana yang akan memberi dia kunci untuk kesemua komputer di dunia. Namun, perkara tersebut membuatkan dia menjadi sasaran pihak tertentu.
Dia perlu bekerjasama dengan Taylah Sanders yang merupakan seorang ejen NSA di dalam merungkai mengenai misteri ancaman yang dihadapi olehnya.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+