Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.
Hyper Light Breaker
Tarikh Pelancaran: 14 Januari 2025 (Akses Awal)
Platform: PC
Walaupun merupakan prekuel untuk Hyper Light Drifter, Hyper Light Breaker menyertakan tatamain yang sedikit berlainan. Berbanding permainan Aksi RPG, Breaker merupakan permainan dengan elemen roguelike dan juga boleh dimainkan secara multi-pemain sehingga 3 pemain. Pemain akan menjadi “Breaker” yang mempunyai kelas-kelas berbeza, setiap kali pemain mati dunia akan dihasilkan semula secara rawak.
Donkey Kong Country Returns HD
Tarikh Pelancaran: 16 Januari 2025
Platform: Nintendo Switch
Versi penambah-baikkan untuk Donkey Kong Country Returns yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2010 di Nintendo Wii, ia kemudian dilancarkan untuk Nintendo 3DS pada tahun 2013 dan menyertakan peringkat tambahan. Versi Nintendo Switch ini akan menyertakan kesemua 80 peringkat yang ada dan boleh dimainkan secara berseorangan ataupun 2 pemain secara setempat.
Assetto Corsa EVO
Tarikh Pelancaran: 16 Januari 2025 (Akses Awal)
Platform: PC
Hampir 6 tahun kemudian, Kunos Simulazioni akhirnya hadir dengan judul baharu bagi permainan simulasi lumba kereta mereka iaitu Asseto Corsa EVO. Melalui permainan terbaru ini, mereka ingin membawa sesi tatamain yang lebih realistik mellaui teknologi terbaru oleh mereka. Seperti permainan sebelum ini, EVO juga akan menyertakan pelbagai jenis kereta di dalam pelbagai kategori.
Dynasty Warriors: Origins
Tarikh Pelancaran: 17 Januari 2025
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC
Selepas 7 Tahun tanpa permainan baharu, Koei Tecmo dan Omega Force akhirnya hadir dengan Dynasty Warriors Origins yang dikatakan ingin membawa permainan hack-and-slash ini ke konsol yang terbaru. Terkenal dengan perlawanan menentang ribuan penjahat, permainan ini menyasarkan untuk menyertakan lebih 10 ribu watak di skrin pada satu masa.
Tales of Graces f Remastered
Tarikh Pelancaran: 17 Januari 2025
Platform: PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, PC
Permainan ketiga belas bagi siri Tales ini dilancarkan pertama kali untuk Wii pada tahun 2009 sebelum menerima versi PlayStation 3 yang dilancarkan pada tahun 2010 di Jepun dan 2012 secara global dengan judul Tales of Graces f. Versi penambah-baikkan ini adalah berdasarkan versi PS3 tersebut dan menyertakan pelbagai tambahan fungsi yang memberikan pengalaman bermain yang lebih baik.