Rebel Wolves dan Bandai Namco telah berkongsi treler untuk permainan sulung mereka iaitu The Blood of Dawnwalker.
Treler ini memfokuskan kepada cinematic dan juga sedikit tatamain di bahagian akhir.
Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Coen yang menjadi Dawnwalker ataupun puntianak yang mempunyai pelbagai kebolehan. Dia menjadi puntianak di dalam dunia yang kekejaman dilakukan oleh manusia.
Rebel Wolves merupakan studio permainan video yang ditubuhkan oleh bekas-bekas pembangun CD Projekt Red yang sebelum ini terlibat dengan permainan Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3: Wild Hunt termasuk juga pengarah untuknya.
Permainan ini akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Mereka masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran akan tetapi akan berkongsi lanjut pertengahan tahun ini.