Skip to main content

Xbox telah mengumumkan yang acara Developer_Direct seterusnya akan berlangsung pada 23 Januari 2025, pukul 3 pagi waktu tempatan.

Sepanjang acara ini, mereka akan melawat studio permainan video yang sedang membangunkan permainan akan datang iaitu Compulsion Games bagi South of Midnight, Sandfall Interactive bagi Clair Obscure: Expedition 33, dan id Studio untuk Doom: The Dark Ages.

ketiga-tiga permainan sebelum ini diumumkan akan tiba pada tahun 2025.

Tambahan itu, mereka juga akan melawat satu lokasi untuk melihat satu permainan yang tidak diumumkan lagi.

Leave a Reply