Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini dan kandungan baharu untuk Zenless Zone Zero (ZZZ) iaitu versi 1.5 dengan judul “Astra-nomical Moment” akan dilancarkan pada 22 Januari 2025 yang antaranya memperkenalkan watak baharu dan kostum.

Kemaksini ini akan menyertakan watak S-Rank baharu iaitu Astra Yao yang merupakan ejen Support dengan elemen Ether, dia juga akan menjadi watak penting di dalam penceritaan untuk versi ini.

Astra membuat persembahan bersempena dengan tahun baharu di New Eridu akan tetapi terdapat konspirasi yang menjadi ancaman untuknya dan memerlukan bantuan daripada Proxy dan juga Evelyn, seorang lagi watak baharu yang akan disertakan.

Evelyn merupakan watak S-Rank, ejen Attack dengan elemen Fire, Bangbook baharu iaitu Snap akan tiba bersama dengan Astra Yao dan Evelyn, selain itu Ellen dan Qingyi akan kembali untuk banner bagi versi ini.

Selain itu, ZZZ juga akan menyertakan beberapa mod permainan baharu untuk menyambut Urban Video Game Festival seperti Mach 25, yang mempunyai tatamain seakan Fall Guys, selain itu Bizzare Brigade kini menyertakan mod PVE untuk 2 pemain dan mod Endless Tower: The Last Stand akan disertakan di dalam Simulated Battle Trial.

Bagi yang memiliki watak Astra, Ellen, dan Nicole, anda juga boleh dapatkan kostum babahru untuk mereka dengan untuk Nicole boleh didapatkan secara percuma dengan melakukan acara “Ridu’s Got Boo” semasa “The Day of Brilliant Wishes”.

Zenless Zone Zero sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply