Skip to main content

Astro Shaw telah mengumumkan yang Kahar: Kapla High Council telah mengutip RM13 juta sepanjang tayangan di pawagam Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Penawaran filem ini kemudian beralih ke pasaran antarabangsa bermula dengan Kemboja pada 24 Januari ini.

Manakala bagi penonton di Malaysia, filem ini juga boleh didapatkan melalui Astro First bermula 16 Januari, khusus bagi yang tidak sempat untuk tontonnya di pawagam ataupun yang ingin menontonnya sekali lagi. Filem ini boleh disewa dengan harga RM29 (tidak termasuk cukai) untuk tempoh 48 jam.

Mereka juga telah mengumumkan peraduan iaitu #ChillKaplaAtHome dan #DateWithKudratBoys:

Peraduan #ChillKaplaAtHome

Penonton perlu melanggan filem ini di Astro First menerusi saluran Astro atau njoi, dan merakam video kreatif untuk dimuat naik di media sosial dengan tag akaun media sosial @astrofirst.official (instagram) @astrofirstofficial (TikTok) dan @astroshaw (Instagram) @astroshawofficial (TikTok). Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info melalui akaun Astro First di platform digital. Penonton bertuah berpeluang menerima kehadiran pelakon Kahar: Kapla High Council di rumah dan meluangkan masa bersama.

Peraduan #DateWithKudratBoys

Menerusi peranti sooka, penonton perlu melanggan filem ini dan penonton perlu merakam video kreatif di salah satu pameran ‘Diorama Display Kahar : Kapla High Council’ bertempat KL Eco City Mall, Kuala Lumpur, seterusnya memuat naik video tersebut di media sosial dengan tag akaun media sosial @astrofirst.official (instagram) @astrofirstofficial (TikTok) dan @astroshaw (Instagram) @astroshawofficial (TikTok). Pemenang bertuah berpeluang untuk makan malam istimewa bersama pelakon-pelakon Kahar : Kapla High Council.

Filem Kahar: Kapla High Council boleh dikatakan sebagai filem prekuel dan juga sekuel kepada siri Projek: High Council. Ia memperlihatkan bagaimana Kahar menjadi Kapla dan juga pengakhiran bagi kisahnnya.

Baca: Ulasan Kahar: Kapla High Council

Leave a Reply