Skip to main content

Apple TV+ telah berkongsi treler baharu untuk musim keempat siri Mythic Quest yang akan mula disiarkan di platform tersebut pada 29 Januari 2025.

Musim ini akan melibatkan senarai pelakon seperti Rob McElhenney, Anna Konkle, Derek Waters, William Stanford Davis, Bria Henderson, Rome Flynn, Leonard Robinson, Gary Kraus, Annamarie Kasper, Esai Morales, dan Shalta Grant.

Selain musim baharu, turut diumumkan siri sampingan akan diterbitkan sebanyak 4 episod secara terus iaitu Side Quest. Siri antalogi ini akan memfokuskan kesan permainan video kepada pembangun, pemain dan juga peminat. Ia akan tiba pad 26 Mac, iaitu hari yang sama untuk episod terakhir bagi musim keempat.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply