Setelah peringkat kumpulan untuk Dota 2 selesai semalam, hari ini berlangsung pula untuk Valorant yang memperlihatkan 16 pasukan bersaing untuk merebut 4 slot ke Peringkat Separuh Akhir.
Kesemua 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan juara kumpulan yang akan melayakkan diri dan setiap pusingan dimainkan secara best-of-1 (Bo1).
Selepas 24 perlawanan berlangsung hari ini, empat pasukan yang melayakkan diri ialah Xipto Esports yang sebelum ini dikenali sebagai Unsigned5 dan juga mewakili Malaysia, Crest Gaming Zst dari Jepun, ZOL Esports dari Filipina dan Alter Ego dari Indonesia.

Dua kejutan di peringkat kumpulan ini adalah Team Secret dan juga BOOM Esports dua pasukan di dalam Valorant Championship Tour (VCT) yang juga kegemaran untuk memenangi kejohanan ini.
Peringkat Separuh Akhir akan dimainkan secara langsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 11 Januari ini dan berikut perlawanan bagi peringkat ini:
- Crest Gaming Zst lwn Alter Ego
- Xipto Esports lwn ZOL Esports
Peringkat Akhir akan berlangsung pada hari yang sama selepas perlawanan Peringkat Separuh Akhir.