Apple TV+ telah mengumumkan yang siri Foundation akan kembali untuk musim ketiga bermula pada 11 Julai ini bagi episod pertama. Sembilan episod seterusnya akan tiba secara mingguan dengan episod terakhir akan disiarkan pada 12 September.
Musim ketiga ini akan berlaku 152 tahun selepas kejadian di dalam musim kedua, dengan The Foundation telah menjadi lebih maju berbanding bagaimana mereka bermula. Manakala Empayar Dinasty Cleonic semakin menyusut.
Beberapa pelakon baharu juga akan disertakan dengan senarai pelakon seperti Cherry Jones, Brando P. Bell, Synnove Karlsen, Cody Fern, Tomas Lemarquis, Alexander Siddiq, Troy Kotsur dan Pilou Asbaek.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+