Apple TV+ telah mengumumkan yang siri The Studio akan menerima musim kedua dan akan tiba di platform tersebut selepas musim pertama mendapat penerimaan yang baik.
Siri ini adalah mengenai Matt Remick lakonan Seth Rogen yang baru sahaja menjadi Ketua untuk studio filem Continental Studios. Dengan industri filem semakin merundung, Matt Remick perlu melawan dengan pelbagai pihak di dalam penghasilan filem yang baik dan juga menguntungkan.
Selain Seth Rogen, siri ini juga melibatkan barisan pelakon seperti Catherine O’Hara, Kathryn Hahn, Ike Barinholtz, dan Chase Sui Wonders. Setiap episod terdapat juga pengarah dan pelakon yang akan membawa watak diri mereka sendiri.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+
Baca: Ulasan The Studio