Skip to main content

SEGA sepatutnya melancarkan permainan Sonic Rumble minggu ini, akan tetapi mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut telah ditunda dan tarikh pelancaran baharu masih tidak ditetapkan lagi.

Mereka mengatakan yang keputusan untuk menunda permainan ini adalah bagi memastikan ia dapat dilancarkan dengan kualiti terbaik termasuk juga pengalaman untuk pemain.

Sebelum ini, treler untuk permainan ini telah dikongsi dan kelihatan mempunyai masalah kelancaran yang mungkin menjadi antara sebab penundaan ini berlaku.

Sonic Rumble merupakan permainan multi-pemain seperti Fall Guys, di mana pemain akan bertempur dengan 31 pemain lain untuk menjadi juara dengan melalui pelbagai peringkat berbeza.

Ia diumumkan untuk PC melalui Steam dan Google Play Games dan juga untuk iOS serta Android.

Leave a Reply