Skip to main content

Prime Video telah mengumumkan yang mereka akan mula menyiarkan perlawanan Liga Bola Kerajang Amerika Syarikat ataupun NBA bermula pada musim baharu kelak iaitu pada bulan Oktober 2025, selain itu mereka juga akan membawa Liga Bola Kerajang Amerika Syarikat atau WNBA yang perlawanan pra-musim sudah tersenarai untuk siara pada hujung bulan Mei ini.

Mereka juga telah mengumumkan legenda NBA iaitu Udonis Haslem, Steve Nash, Dwayne Wade bersama dengan legenda WNBA Candace Parker akan terlibat dengan liputan kejohanan ini di Prime Video menyertai hos Taylor Rooks dan dua lagi legenda NBA iaitu Blake Griffin dan Dirk Nowitzki.

Selain itu, Candace Parker juga akan mengetuai perkembangan penawaran WNBA di Prime Video bermula pada musim 2026, manakala musim 2025 akan bermula 17 Mei ini tetapi tidak disahkan lagi jika Prime Video akan turut menyiarkan perlawanan untuk musim tersebut.

Prime Video yang boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan, ia juga boleh didapatkan bersama dengan Prime Gaming yang ditawarkan dengan harga yang sama.

Leave a Reply