Apple TV+ telah mengumumkan yang Acapulco iaitu siri komedi dwibahasa akan menerima musim keempat yang juga musim terakhir untuknya bermula pada 23 Julai ini.
Siri yang bermula pada tahun 2021 ini memfokuskan kepada Maximo Gallardo Ramos lakonan Eugenio Derbez yang menceritakan kembali bagaimana dia bermula sebagai pekerja di Resort Las Colinas di Acapulco sehinggalah menjadi seorang yang berjaya.

Bagi musim terakhir ini, penceritaan akan memfokuskan kepada Maximo ingin mengembalikan kegemilangan resort tersebut tetapi juga menyentuh penceritaan silam berkait dengan bagaimana dia bersaing dengan pesaing pada waktu dahulu.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+