Skip to main content

Acer Malaysia telah mengumumkan kemaskini untuk penawaran desktop mereka iaitu Predator Orion 7000 yang kini dikuasakan dengan Intel Core Ultra 9 285K dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX5080 dengan teknologi NVIDIA DLSS 4.

Desktop ini dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair bersama dengan Predator CycloneX 360 untuk memberikan pengaliran udara yang terbaik bagi memastikan keadaan suhu yang optimun. Ia juga mempunyai sistem lampu ARGB.

Bagi memastikan sambungan internet yang terbaik, ia hadir dengan sokongan Wi-Fi 7 manakala untuk port ia menyertakan USB-A, dan USB-C Thunderbolt 4 di bahagian depan dan juga belakang untuk memudahkan lagi kegunaan harian.

Storan pula ia dilengkapi dengan 64GB RAM dan 2TB SSD storan bersama dengan ruangan untuk penambahan sendiri.

Predator Orion 7000 kini ditawarkan di Acer eStore, gedung rasmi di Shopee dan Lazada dengan harga RM15,999. Setiap pembelian sehingga 15 Mei, pembeli juga akan mendapat kerusi gaming Predator yang bernilai RM1,299 dan juga boleh menebus baucar dompet digital Touch ‘n Go bernilai RM150.

Leave a Reply