HoYoverse ketika konsert Honkai: Star Rail telah mengumumkan yang acara kolaborasi di antara permainan tersebut bersama dengan siri anime Fate/stay night [Unlimited Blade Works] akan bermula pada 11 Julai selepas diumumkan pada tahun lepas.

Acara kolaborasi ini akan menggunakan judul “Sweet Dreams and the Holy Grail” yang menyertakan watak Archer dan Saber yang boleh digunakan di dalam permainan ini. Tambahan pada itu, pemain yang log masuk semasa acara ini berlangsung akan mendapat watak 5-bintang Archer (The Hunt, Quantum) secara percuma.

Manakala Saber juga watak 5-bintang dengan mengikuti Destruction dengan elemen Wind boleh didapatkan melalui Event Warp. Selain itu, Saber juga akan bersama dengan Astral Express Crew yang akan terlibat dengan “Holy Grail War”.
Selain itu, HoYoverse juga mengacahkan permainan baharu berdasarkan Honkai sedang dibangunkan dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.