Skip to main content

Infinix telah mengumumkan kerjasama dengan Moonton untuk menganjurkan kejohanan esukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti iaitu Infinix Campus Cup (XCC) 2025.

Kejohanan ini akan melibatkan pelajar dari Malaysia, Indonesia, Kemboja, Myanmar dan juga Filipina dengan ia akan bermula pada bulan ini dan berlanjutan sehingga Peringkat Akhir yang berlangsung bulan Julai ini di Manila, Filipina.

Berikut merupakan jadual pertandingan:

Pusingan Kelayakan Terbuka & Peringkat Kumpulan (Mei – Jun 2025)

Pasukan dari kesemua lima negara yang terlibat akan memasuki kejohanan melalui pusingan kelayakan terbuka dan melalui peringkat kumpulan bersama dengan pasukan-pasukan dari negara yang sama untuk ke peringkat akhir negara.

Peringkat Akhir Negara (Mei – Jun 2025)

Peringkat Akhir Negara XCC 2025
NegaraTarikh Kejohanan
MalaysiaMinggu Ketiga Bulan Mei
KembojaMinggu Kedua Bulan Jun
MyanmarMinggu Kedua Bulan Jun
FilipinaMinggu Ketiga Bulan Jun
IndonesiaMinggu Ketiga Bulan Jun

Peringkat Akhir Benua

Pasukan-pasukan terbaik dari Peringkat Akhir Negara akan berkumpul di Filipina untuk Peringkat Akhir Benua pada 2 hingga 6 Julai untuk merebut gelaran Juara XCC 2025 dan juga memenangi hadiah seperti berikut:

  • Tempat Pertama: $15 ribu + 15 ribu MLBB Diamonds
  • Tempat Kedua: $7 ribu + 10 ribu MLBB Diamonds
  • Tempat Ketiga: $4 ribu + 10 ribu MLBB Diamonds
  • Tempat Keempat: $2,500 ribu + 5,000 MLBB Diamonds
  • Tempat Kelima: $1,500 ribu + 5,000 MLBB Diamonds

Selain itu, pasukan yang menjuarai kejohanan ini juga akan dibawa untuk mengalami sendiri Kejuaran Akhir M7 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Kejohanan ini terbuka untuk semua pelajar berumur 16 tahun dan keatas yang sedang belajar di Sekolah Menengah, Kolej, atau Universi di Asia Tenggara. Pelajar bawah 17 tahun mesti menyertakan surat kebenaran daripada ibu bapa.

Pendaftaran untuk Malaysia sudah dibuka sehingga 9 Mei 2025 di pautan ini.

Leave a Reply