Skip to main content

Crunchyroll dan Sony Pictures hari ini telah berkongsi video baharu untuk anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang memperlihatkan kejadian di bahagian akhir untuk musim terkini siri tersebut yang juga membawa kepada kisah seterusnya Infinity Castle.

Seperti kita sedia maklum, berbanding hadir dengan musim baharu, bahagian akhir ini akan disampaikan melalui filem trilogi dan video terbaru ini juga telah mengumumkan yang filem pertama untuknya akan tiba pada tahun 2025 di pawagam.

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba bermula sebagai siri manga yang diterbitkan pada tahun 2016, penceritaannya berakhir tahun 2020 dan mempunyai 205 bab. Ia menerima siri anime pada tahun 2019 dam mempunyai 4 musim dengan yang terakhir disiarkan pada 30 Jun lepas.

Leave a Reply