Bethesda telah melancarkan kemaskini terbaru bagi permainan Fallout 76 yang memfokuskan kepada kandungan raid iaitu Gleaming Depth.
Bagi raid ini, pemain akan memasuki makmal Enclave yang sudah ditinggalkan di Ash Heap. Makmal ini pada suatu masa dahulu merupakan tempat kajian untuk Unclave. Misteri mengapa makmal ditinggalkan mungkin terjawab dengan melakukan aktiviti terbaru ini.
Menurut Bethesda, kandungan Gleaming Depths ini merupakan kandungan paling mencabar pernah dihasilkan dan ia akan memerlukan pemain untuk berkerjasama dan mempunyai barangan yang bersesuaian bagi melalui lima pertempuran berbeza.
Dengan kesukaran ini, ia juga akan memberikan ganjaran kepada pemain. Melakukan raid ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan senjata atau perisai 4-bintang iaitu sesuatu yang baharu diperkenalkan di dalam Sistem Legenda.
Selain memperoleh barangan 4-bintang, pemain juga boleh mendapatkan mod yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan barangan 3-bintang menjadi 4-bintang.
Selain itu, permainan ini juga menerima haiwan peliharaan yang akan berada di C.A.M.P dan pemain juga boleh menyertakan gelaran.
Fallout 76 sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC. Ia juga disertakan di dalam PC Game Pass.