Skip to main content

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-30, pengguna PlayStation 5 boleh mengenang memori-memori lama dengan menggunakan tema berdasarkan PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3, dan PlayStation 4.

Jika anda membuka PS5 atau PS5 Pro dalam masa terdekat ini, anda akan menerima tutorial untuk menggunakan tema ini. Anda boleh mengikuti tutorial ini, jika tidak, anda mungkin perlu mengemaskini konsol terlebih dahulu.

Anda juga boleh mengubah tema ini dengan pergi ke tetapan, dan ia akan berada di tab khas iaitu “PlayStation 30th Anniversary”.

Anda kemudian boleh memilih tema 30th Anniversary, PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3 dan juga PlayStation 4. Selain wallpaper, ia juga akan mengubah audio dan skrin pembukaan.

Anda boleh melihat tema untuk setiap pilihan seperti di bawah.

Sony mengatakan yang pemilihan tema ini akan ditawarkan buat masa terhad sahaja, akan tetapi mereka tidak mengatakan bila tarikh ia tidak lagi ditawarkan.

Selain itu, mereka juga berkongsi satu video “Terima Kasih” khas untuk pemain-pemain yang menggunakan produk PlayStation sejak 30 tahun yang lepas.

Leave a Reply