Bersempena dengan ulang tahun ke-30 untuk PlayStation, Sony telah berkongsi sejarah-sejarah mengenai konsol tersebut. Antaranya adalah PlayStation 2 yang masih lagi konsol terlaris setakat ini dengan Sony mengesahkan yang ia terjual sebanyak 160 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2000.

Bagi konsol PlayStation, jumlah jualan PS2 diikuti oleh PS4 yang terjual 117.2 juta unit, PS dengan 102.49 juta unit, PS3 dengan 87.4 juta unit dan konsol terkini PS5 dengan lebih 65 juta unit. Berbanding konsol lain pula, ia diikuti oleh Nintendo DS yang terjual sebanyak 154.02 juta unit dan Nintendo Switch dengan 146.04 juta unit.
Dengan kita sudah menghampiri pelancaran Nintendo Switch 2, kedudukan PS2 sebagai konsol terlaris akan terus kekal sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi, tambahan dengan pelbagai jenis konsol hadir pada waktu sekarang, jumlah jualan ini mungkin tidak akan dicapai oleh mana-mana konsol.
Anda boleh lihat laman khusus oleh PlayStation yang memperlihatkan sejarah-sejarah bagi konsol mereka.