Square Enix hari ini telah melancarkan Life is Strange Double Exposure untuk Nintendo Switch selepas dilancarkan buat PlayStation 5, Xbox Series dan PC sebelum ini.
Life is Strange: Double Exposure merupakan permainan terbaru di dalam siri Life is Strange dan ia kembali menjadikan Max Caulfield sebagai watak utama seperti permainan pertama.
Di dalam permainan ini, Max mempunyai kuasa baharu iaitu berbanding dapat mandir masa, dia sebaliknya dapat melihat garis masa berlainan yang memberi peluang untuknya berjumpa dengan watak yang sama tetapi dengan personaliti berlainan ataupun menggunakannya untuk menyelesaikan tekaria.
Fokus utama bagi Max di dalam permainan ini adalah menyiasat mengenai pembunuhan yang berlaku terhadap rakannya Safi.