Skip to main content

Peringkat kumpulan untuk kejohanan Counter-Strike 2 – BLAST Premier World Final berakhir awal pagi ini yang memperlihatkan 8 pasukan merebut 6 slot ke Peringkat Kalah Mati. 8 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan 3 pasukan daripada setiap kumpulan melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Kumpulan A membawa satu kejutan besar untuk kejohanan ini apabila pasukan terbaik dunia iaitu NAVI tersingkir selepas dikalahkan oleh Astralis dan diikuti oleh FaZe Clan. Dua kekalahan ini menandakan pejuangan mereka berakhir setakat ini.

Astralis layak ke Peringkat Kalah Mati sebagai juara kumpulan selepas turut mengalahkan MOUZ yang menewaskan FaZe Clan sebelum ini.

Manakala untuk Kumpulan B, G2 Esports bermain dengan cemerlang apabila mendahului kumpulan ini selepas mengalahkan Team Liquid dan Team Spirit. Berlainan pula dengan Team Liquid yang tewas perlawanan kedua menentang Team Vitality membuatkan mereka tersingkir bersama dengan NAVI.

Peringkat Kalah Mati yang akan bermula hari ini untuk Suku Akhir memperlihatkan Team Spirit bertemu dengan FaZe Clan dengan Astralis menanti mereka di Separuh Akhir.

Satu lagi perlawanan diantara MOUZ menentang Team Vitality dengan G2 Esports menanti mereka di Separuh Akhir.

BLAST Premier World Final dianjurkan di Singapura sehingga 3 November.

Gambar: StephanieLindgren@Vexanie_BLAST-World-Finals

Leave a Reply