20th Century Studio telah mengumumkan yang filem seterusnya di dalam francais Predator iaitu Predator: Badlands menyasarkan tayangan pada 7 November 2025 menggantikan slot tayangan Blade yang kini tertunda tanpa tarikh tetap.
Sebelum ini diumumkan yang Predator: Badlands akan diarahkan oleh Dan Trachtenberg dan buat masa ini hanya disahkan Elle Fanning akan terlibat sebagai pelakon utama.
Filem ini akan membawa penceritaan tersndiri dan mungkin tidak berkait dengan filem-filem sebelum ini. Ia akan ditulis oleh Dan Trachtenberg bersama dengan Patric Aison.
Ini merupakan filem utama keenam di dalam siri Predator dan filem kelapan secara keseluruhan.