Double Eleven telah mengumumkan permainan baharu oleh mereka iaitu Blindfire yang merupakan permainan pertama berdasarkan IP oleh mereka sendiri. Permainan ini dibangunkan dengan kerjasama di antara studio mereka di UK dan juga di Malaysia.
Blindfire merupakan permainan FPS multi-pemain yang memerlukan pemain untuk bertempur di kawasan yang gelap dan perlu mengharapkan kepada bunyi untuk mencari lawan. Selain itu terdapat juga pelbagai perangkap lampu yang boleh mendedahkan kedudukan.
Permainan ini sudah dilancarkan secara akses awal untuk Xbox Series dan juga PC. Versi PlayStation 5 juga sedang dibangunkan dan akan tiba lewat tahun ini.