Skip to main content

Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 hari ini telah mengumumkan yang kerajaan akan menyediakan RM20 juta ringgit untuk pembangunan esukan yang meliputi pembangunan bakar dan naik taraf arena e-sukan.

Anwar Ibrahim juga telah mengetengahkan kejayaan Selangor Red Giants di Piala Dunia Esukan baru-baru ini sebagai contoh kejayaan industri esukan di Malaysia.

Dengan pengumuman ini, ia memperlihatkan yang dana untuk pembangunan esukan dikembalikan selepas disertakan bersama dengan dana untuk pembangunan permainan video pada Belanjawan yang lepas.

Teks ucapan penuh:

Baru-baru ini juga, Selangor Red Giants telah bergelar juara dunia bagi e-Sports World Cup. Kerajaan bersetuju menyediakan 20 juta ringgit untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan.

Leave a Reply