Skip to main content

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan penganjuran PlayStation The Concert iaitu persembahan muzik secara langsung yang akan memainkan lagu-lagu permainan PlayStation seperti God of War, The Last of Us, Ghost of Tsushima, dan Horizon.

Persembahan ini akan membuka tirai di Dublin Ireland pada 19 April 2025, diikuti dengan 200 lagi lokasi sekitar dunia di Eropah, UK, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi.

Buat masa ini mereka sekadar menyenaraikan lokasi-lokasi di Eropah seperti Glasgow, London, Manchester, Amsterdam, Paris dan Berlin. Lokasi-lokasi lain akan diumumkan kemudian.

Oleh itu, buat masa ini masih tidak disahkan lagi jika PlayStation The Concert ini akan menjejak kaki di Malaysia.

Leave a Reply