Skip to main content

Warner Bros. Discovery telah mengumumkan yang mereka akan membawa perkhidmatan penstriman Max pada 19 November ini di beberapa pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Thailand bersama dengan Taiwan dan juga Hong Kong.

Max akan menjadi platform penstriman baharu yang akan menggantikan HBO Go dan akan membawa kandungan HBO, Harry Potter, DC Universe, Cartoon Network, Max Originals, Discovery, TLC, AFN, Food Network, ID, dan HGTV.

Semasa pelancaran kelak, Max akan menyertakan tiga pelan berbeza iaitu:

Mobile

  • Strim di 1 peranti pintar pada satu masa
  • Resolusi Standard HD
  • Penstriman hanya di telefon/tablet
  • Muat-turun 15 kandungan

Standard

  • Strim di 2 peranti pada satu masa
  • Resolusi Full HD
  • Menyokong semua platform
  • Muat-turun 30 kandungan

Ultimate

  • Strim di 4 peranti pada satu masa
  • Resolusi 4K UHD dan Dolby Atmos bagi kandungan yang menyokongnya
  • Menyokong semua platform
  • Muat turun 100 kandungan

Pada waktu ini, mereka masih tidak mengumumkan sebarang harga langganan tetapi mengatakan yang pelanggan HBO Go sedia ada akan menjadi langganan Max pada 19 November. Bagi langganan melalui perkhidmatan lain seperti Astro, maklumat mengenainya akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply