Skip to main content

Toei Animation telah mengumumkan yang siri anime One Piece akan berehat selama 6 bulan dengan siri ini akan diteruskan semula pada bulan April 2025.

Perkara ini diumumkan semasa perkongsian khas One Piece News yang berlangsung hari ini, anda boleh tonton video penuh di bawah dalam Jepun.

Mereka mengatakan yang keputusan ini dibuat agar dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik bagi siri anime ini dengan ia akan dihasilkan dengan lebih berkualiti. Perkongsian lanjut mengenainya akan dilakukan pada bulan Disember.

Pada masa ini, siri anime sedang menceritakan Egghead Arc yang bermula pada Januari tahun ini dan mempunyai 34 episod setakat ini.

Bagi mengisi kekosongan selama 6 bulan ini, mereka telah mengumumkan beberapa kandungan tambahan antaranya One Piece Fan Letter iaitu siri anime berdasarkan koleksi cerita pendek oleh Tomohito Osaki – Mugiwara Stories yang akan disiarkan pada 20 Oktober.

Minggu berikutnya iaitu bermula pada 27 Oktober, siri anime One Piece Log: Fish-Man Island Arc akan disiarkan. Ia merupakan versi baharu untuk Fish-Man Island Arc yang pada asalnya disiarkan pada tahun 2011. Versi baharu ini akan menampilkan penambah-baikkan animasi, ia juga akan memendekkan episod kepada 21 episod sahaja.

Mereka juga mengumumkan yang One Piece Film Red yang ditebitkan pada tahun 2022 telah mengutip 20.33 bilion Yen untuk menjadikannya filem One Piece dengan kutipan tertinggi dan filem dengan kutipan tertinggi nombor enam di Jepun.

Siri anime One Piece boleh ditonton di kebanyakan platform penstriman seperti Netflix dan Crunchyroll tetapi dengan penawaran episod yang berlainan.

Leave a Reply