Skip to main content

Nobuyo Oyama iaitu pelakon suara Jepun untuk Doraemon diumumkan telah meninggal dunia pada umur 90 tahun.

Mendiang membawa watak tersebut bermula pada tahun 1979 sehingga tahun 2005, mendiang juga merupakan pelakon suara untuk Monokuma di dalam siri permainan Danganronpa.

Mendiang meninggal dunia pada 29 September lepas, tetapi agensinya baru sahaja mengumumkannya pada hari ini.

Mereka juga meminta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk melakukan pengumuman rasmi dan juga menambah sangat berterima kasih layanan yang baik diterima sepanjang hidupnya.

Ini merupakan berita yang menyedihkan kedua bagi peminat siri anime Doraemon, pada Julai lepas Noriko Ohara iaitu pelakon suara juga meninggal dunia ketika umur 88 tahun.

Leave a Reply