Skip to main content

Sports Interactive dan SEGA telah mengumumkan yang Football Manager 25 tidak akan dilancarkan pada tahun ini, sebaliknya hanya akan tiba pada bulan Mac 2025.

Ini menjadikan buat pertama kali tiada permainan Football Manager baharu untuk tahun ini, yang sudah dilancarkan secara tahunan sejak tahun 2004 lagi.

Mereka mengatakan FM 25 merupakan versi yang akan menerima penambah-baikkan terbesar daripada segi teknikal dan juga visual dan mengatakan mereka tidak dapat memastikan kualiti terjamin jika dilancarkan mengikut tarikh asal iaitu November ini.

Mereka juga mengatakan yang bagi pemain yang sudah melakukan pra-tempahan dan ingin membatalkannya boleh menghubungi tempat tempahan dilakukan.

Sports Interactive juga mengatakan yang perkongsian tatamain baharu akan dilakukan pada akhir bulan Januari 2025.

Selain dijanjikan dengan penambah-baikkan yang besar ini, FM 25 juga lebih menarik apabila mereka akhirnya mendapat lesen untuk memaparkan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

Leave a Reply