Skip to main content

Astro hari ini telah mengumumkan yang filem terbaru oleh pengarah Syafiq Yusof iaitu Telekinesis akan disiarkan secara eksklusif di Astro First bermula pada hari ini.

Telekinesis mengisahkan tentang Fadli, Aru dan Lee yang menjalani kehidupan sebagai ahli organisasi ‘National Telekinesis Security Force’ (NTSF). Mereka ditugaskan untuk menumpaskan sebuah gerakan rahsia yang dipanggil ‘Telekinesis Liberty Movement’ (TLM). Misi NTSF menjadi rumit apabila seorang lelaki misteri bertopeng yang dipanggil ‘Helang’ mengganggu setiap operasi NTSF. Misi Fadli dan Lee adalah untuk menumpaskan TLM dan Helang, manakala Aru mengesyaki ada pengkhianat di kalangan mereka, menjadikan misi ini lebih mencabar.

Pelakon-pelakon yang terlibat dengan filem ini antaranya ialah Beto Kusyairy, Yusuf Bahrin, Aman Graseka, Nick Davis, Hasnul Rahmat, Wanji Aswand, dan Shabby. 

Anda boleh tonton filem fiksyen sains ini melalui saluran 480 di Astro, atau On Demand, Astro GO dan juga melalui Sooka. Telekinesis boleh dilanggan dengan harga RM16.20 melalui Astro dan RM19.50 melalui Sooka dan anda boleh mengakses-nya selama 48 jam.

Ini merupakan filem ketiga oleh Syafiq Yusof yang tiba secara terus melalui Astro First, beliau sebelum ini hadir dengan filem Penunggang Agama dan Penunggang Agama 2 pada tahun 2021 dan mencatat kutipan RM5 juta.

Leave a Reply