Apple TV+ telah mengumumkan yang siri drama Sugar yang dibintangi oleh Colin Farrel sebagai Detective John Sugar disahkan akan menerima musim kedua.
Selepas kejadian di dalam musim pertama, Sugar sekali lagi berada di Los Angeles dan menyiasat mengenai kes orang lain. Pada masa yang sama dia juga meneruskan siasatan untuk mencari jawapan mengenai kehilangan kakaknya.
Selain Colin Farrel, siri ini juga melibatkan Kirby, Amy Ryan, James Cromwell, Anna Gunn, Dennis Boutsikaris, Nate Corddry, Sydney Chandler, dan Alex Hernandez.
Sam Catlin yang sebelum ini terlibat dengan siri seperti Breaking Bad dan Preacher akan menjadi showrunner untuk musim kedua ini.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+