Skip to main content

MM2 Entertainment telah mengacah yang mereka akan membawa filem-filem animasi klasik daripada studio terkenal Studio Ghibli tidak lama lagi.

Mereka mengatakan yang filem seperti My Neighbor Totoro dan Spirited Away akan tiba dan juga meminta pendapat daripada orang awam untuk filem-filem lain yang mereka berminat.

Selain Malaysia, ia juga akan di bawa ke negara-negara lain sekitar Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, dan Brunei.

Filem animasi terbaru oleh Studio Ghibli iaitu The Boy and the Heron yang memenangi Oscars kini boleh ditonton di Netflix dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut – Ulasan The Boy and the Heron

Leave a Reply