Apple TV+ telah mengumumkan yang filem Wolfs yang menggandingkan George Clooney dan Brad Pitt telah menjadi filem dengan tontonan tertinggi dalam sejarah platform tersebut. Filem ini mula disiarkan pada 27 September yang lepas.
Wolfs merupakan filem mengenai Jack lakonan George Clooney dan Nick lakonan Brad Pitt yang tanpa disedari mendapat satu pekerjaan yang sama untuk menyelesaikan masalah di tempat pembunuhan. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ia turut melibatkan pihak-pihak yang lain dan memaksa untuk mereka bekerjasama.
Selain mereka berdua, filem ini juga melibatkan Amy Ryan, Austin Abrams, Poorna Jagannathan, Richard Kind dan Zlatko Buric. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Jon Watss iaitu pengarah untuk trilogi filem Spider-man sebelum ini.
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+