Skip to main content

Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Silent Hill 2

Tarikh Pelancaran: 8 Oktober 2024
Platfrom: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan olahan semula bagi permainan berjudul sama yang dilancarkan pada tahun 2001 ini menjanjikan pengalaman yang sama seperti permainan asal tetapi dengan pelbagai penambah-baikkan untuk hadir dengan versi terbaik bagi permainan ini bukan sahaja untuk pemain yang sudah bermain sebelum ini tetapi juga untuk pemain-pemain baharu. Permainan ini mengikuti James Sunderland yang pulan ke kampungnya selepas mendapat surat daripada isterinya yang sudah meninggal dunia.

Diablo IV: Vessel of Hatred

Tarikh Pelancaran: 8 Oktober 2024
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Penambahan pertama untuk Diablo IV ini akan membawa pemain ke kawasan baharu iaitu Nahantu di dalam pencarian Neyrelle iaitu watak yang dipekenalkan di dalam penceritaan sebelum ini. Selepas pilihan yang dilakukan oleh Neyrelle sebelum ini, dia terpaksa menghadapi ancaman Mephisto. Ia juga menyertakan kelas baharu iaitu Spiritborn yang membawa tatamain seperti Monk di dalam Diablo III.

Europa

Tarikh Pelancaran: 11 Oktober 2024
Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Permainan pengembaraan yang menjanjikan pengalaman menenangkan ini akan meletakkan pemain sebagai Zee iaitu sebuah android yang sedang mencari kisah mengenai manusia terakhir yang hidup di Europa iaitu bulan di planet Musytari. Menggunakan jetpack Zephyr, Zee dapati bergerak dengan pantas termasuk juga terbang dan perlu menyelesaikan pelbagai tekaria dan misteri.

Metaphor: ReFantazio

Tarikh Pelancaran: 11 Oktober 2024
Platform: PlayStation, Xbox Series, PC

Dunia baharu oleh pembangun yang menghasilkan Persona 3, 4, dan 5 membawa pemain untuk mengembara bersama dengan watak utama yang ditemani oleh fairy Gallica. Pemain juga mendapat kuasa yang dipanggil sebagai “Archetype” yang membolehkan pemain untuk menggunakan beberapa kebolehan daripada pelbagai kelas.

Dragon Ball: Sparking! Zero

Tarikh Pelancaran: 11 Oktober 2024
Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Permainan pertarungan berdasarkan Dragon Ball merupakan sebahagian daripada siri Budokai Tenkaichi dengan ia banyak mengambil tatamain daripada permainan yang dilancarkan pada tahun 2005 tersebut. Permainan ini akan menyertakan 24 watak yang akan tiba di dalam permainan ini dengan beberapa versi berbeza untuk Goku dan Vegeta bersama dengan Broly, Burter, Hit, Master Roshi, Super Trunks dan Toppo.

Leave a Reply