Bandai telah mengumumkan yang francais Mobile Suit Gundam akan menerima permainan kad tersendiri iaitu Gundam Card Game dan ia akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan tiga bahasa iaitu Inggeris, Jepun dan Cina.
Sebelum pelancaran rasmi, mereka juga mengumumkan penawaran Edisi Beta untuk memberikan peluang pemain bagi mencuba lebih awal. Edisi ini akan menyertakan 16 Pek Booster dengan setiapnya akan menyertakan 9 kad.
Edisi ini boleh di pra-tempah bermula 4 Oktober sehingga 21 Oktober dengan harga $69.99. Ia akan diedarkan sekitar bulan Disember ini tetapi terhad di beberapa negara sahaja.