Riot Games telah mengumumkan yang Bleed Esports iaitu organisasi esukan dari Singapura tidak lagi menjadi sebahagian pasukan di dalam Valorant Championship Tour (VCT) kerana kegagalan untuk mematuhi keperluan di bawah Perjanjian Penglibatan Pasukan.
Bleed Esports menyertai VCT pada tahun ini selepas memenangi VCT Ascension Pacific pada tahun lepas tetapi tidak mendapat keputusan yang baik dengan sekadar berada di tempat terakhir untuk Pacific Kickoff, Pacific Stage 1 dan Pacific Stage 2.
Slot Bleed Esports untuk VCT 2025 akan diberikan kepada Boom Esports iaitu organisasi esukan dari Indonesia. Mereka sebelum ini mendapat tempat kedua di dalam VCT Ascension Pacific 2024 selepas tewas kepada Sin Prisa Gaming, pasukan dari Korea Selatan yang juga akan membuat penampilan pertama di VCT tahun depan.
Riot Games juga mengatakan yang keputusan pembuangan ini sudah diberitahu kepada pasukan dan mereka bebas untuk mencari peluang dengan pasukan-pasukan lain yang terlibat.
Gambar: VCT/Riot Games