Skip to main content

Selepas membatalkan tayangan di pawagam, filem Wolfs kini boleh ditonton melalui Apple TV+ bermula pada 27 September lepas. Selain itu, treler baharu untuknya juga dikongsi dan boleh ditonton di bawah.

Wolfs merupakan filem mengenai Jack lakonan George Clooney dan Nick lakonan Brad Pitt yang tanpa disedari mendapat satu pekerjaan yang sama untuk membersihkan tempat pembunuhan. Keadaan menjadi lebih rumit yang memaksa untuk mereka bekerjasama.

Selain mereka berdua, filem ini juga melibatkan Amy Ryan, Austin Abrams, Poorna Jagannathan, Richard Kind dan Zlatko Buric. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Jon Watss iaitu pengarah untuk trilogi filem Spider-man sebelum ini.

Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+

Leave a Reply