TiMi Studio dan Level Infinite telah melancarkan hero baharu untuk permainan MOBA mudah alih mereka Honor of Kings iaitu Dyadia yang merupakan hero di dalam kategori support. Mereka juga mengumumkan pelbagai kandungan tambahan bersempena dengan musim baharu.
Dyadia mempunyai kemahiran Bitter Farewell yang bukan sahaja mencederakan lawan tetapi juga dapat mengutip dua gold untuk setiap saat selama 5 saat.
Selepas kesan berakhir, ia akan melakukan kecederaan tambahan. Lebih banyak gold yang diperoleh Dvadia akan menjadi lebih berkuasa dan lebih cepat untuk mencapai status Ultra.
Selain itu, Dyadia sebagai Support juga boleh memberikan Heartlink kepada sepasukan yang akan menyembuh dan juga meningkatkan kelajuan pergerakan.
Bermula pada 27 September lepas, Honor of Kings juga menerima 5 acara yang memerlukan pemain untuk terlibat dengan perlawanan tertentu dan berpeluang untuk mendapatkan kostum termasuk juga secara percuma.
Sehingga 22 Oktober, pemain juga boleh mencuba mod baharu iaitu Mechcraft Veteran yang menyertakan tatamain PVE roguelite. Pemain boleh bermain seorang atau multi-pemain sehingga tiga pemain dan boleh menggunakan 7 hero berbeza.
Honor of Kings sudah dilancarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.