Skip to main content

HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 5.1 yang juga menggunakan judul “The Rainbow Destined to Burn” akan tiba pada 9 Oktober ini yang antaranya menyertakan sambungan penceritaan di Natlan dan watak baharu iaitu Xilonen.

Meneruskan penceritaan daripada versi 5.0, Traveler bekerjasama dengan Xilonen untuk hadir dengan Ancient Name buat Traveler,mereka juga dibantu oleh Citlali yang merupakan anggota Masters of the Night-Wind. Pemain akan mendapat 500 Primogems dengan menyelesaikan dua bahagian bagi Archon Quest untuk kemaskini ini.

Xilonen juga boleh menyertai skuad pemain melalui Event Wishes di mana Xilonen akan hadir bersama dengan Chiori, manakala bahagian kedua untuk Event Wishes akan memperlihatkan kembalinya Nahida bersama dengan Hu Tao.

Selain daripada Natlan, pemain juga akan kembali ke Sumeru di mana sambutan Festival Sabzeruz berlangsung untuk meraikan hari kelahiran Lesser Lord Kusanali. Pemain akan menyambutnya bersama dengan Dehya, Tighnari, dan Collei untuk hadir dengan kejuatan buat Nahida.

Sambutan ini akan menyertakan pelbagai permainan-mini seperti “Rocking Carriage” dan “Interreflection of Reality and Dreams”. Melakukan aktiviti-aktiviti ini akan memberikan pemain pelbagai ganjaran termasuk juga Candace secara percuma.

Genshin Impact versi 5.1 juga menyertakan beberapa kemaskini untuk quality-of-life, antaranya bagi Spiral Abyss, pemain boleh melangkau Tingkat 9 jika mendapat bintang penuh di Tingkat 11, atau boleh langkau Tingkat 9 dan Tingkat 10 jika mendapat bintang penuh di Tingkat 12. Terdapat juga penambah-baikkan untuk Crafting dan Artifact.

Genshin Impact sudah dilancarkan untuk PlayStation, PC, iOS dan Android. Ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply