DLC penambahan pertama untuk Starfield iaitu Shattered Space dan anda kini boleh dapatkannya dengan harga RM109.99. Ia juga disertakan bersama dengan edisi Premium atau Constellation, mereka juga berkongsi treler pelancaran yang anda boleh tonton di bawah.
Melalui DLC ini pemain akan tiba di planet ini selepas uji kaji menjadi bencana dan membentuk vortex yang hampir meruntuhkan planet ini dan membuatkan penduduknya memerlukan pelbagai bantuan.
Pemain akan ditugaskan untuk membantu di dalam membina semula planet ini dan juga House Va’ruun tetapi akan turut menerima tentangan terutama daripada fanatik yang mengikuti Great Serpent.
Starfield sudah dilancarkan untuk Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan berikut – Ulasan Starfield.