Skip to main content

Prime Video dan SEGA telah berkongsi treler pertama untuk siri aksi nyata Like A Dragon: Yakuza yang akan mula disiarkan di platform tersebut pada 24 Oktober 2024.

Seperti diumumkan sebelum ini, siri ini membawa penceritaan yang tidak pernah diceritakan di dalam permainan video sebelum dan melibatkan dua latar masa iaitu pada tahun 1995 dan 2005 dengan latar tempat di bandar fiksyen Kamurochō.

Senarai pelakon untuk siri ini ialah Ryoma Takeuchi (Kazuma Kiryu), Kento Kaku (Akira Nishikiyama), Munetaka Aoki (Goro Majima), Misato Morita (Aiko), dan Masaya Kato (Dojima).

Siri ini diarahkan oleh Masaharu Take yang sebelum ini mengarah filem seperti 100 Yen Love, serta siri The Naked Director. Menjadi pengarah bersama ialah Kengo Takimoto yang mengarah siri TV seperti Kamen Teacher dan Onna wa sore wo yurusanai.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Leave a Reply