Skip to main content

PlayStation Network (PSN) buat masa ini sedang mengalami masalah berdasarkan perkongsian rasmi status perkhidmatan tersebut.

Masalah ini adalah menyeluruh dengan ia memberi kesan kepada Pengurusan Akaun, Permainan Video dan Sosial dan juga mengakses dan melakukan transaksi PlayStation Store.

Buat masa ini masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh PlayStation mengenai masalah ini, mereka juga tiada memberi sebarang notis mengenai sebarang penyelenggaraan yang akan dilakukan.

Selain penggunaan konsol, masalah ini juga mungkin memberi kesan untuk mengakses permainan-permainan PlayStation di PC yang memerlukan akaun PSN.

Leave a Reply