Skip to main content

Ubisoft telah mengumumkan yang Assassin’s Creed Shadows tidak lagi akan dilancarkan pada bulan November ini, sebaliknya ia akan tiba pada 14 Februari 2025. Mereka mengatakan memerlukan lebih masa untuk perbaiki permainan tersebut termasuk juga bahagian-bahagian tatamain yang utama.

Mereka sebelum ini juga membatalkan acara bersempena dengan Tokyo Game Show dan tidak lagi memberikan akses awal untuk pencipta kandungan dan juga pemberita.

Pembayaran balik untuk pemain yang sudah melakukan pra-tempahan akan dilakukan, dengan pra-tempahan baharu turut diberikan penambahan pertama untuk permainan ini secara percuma.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan yang Shadows akan turut dilancarkan di Steam buat pertama kali selepas beberapa tahun – sebelum ini di PC permainan Ubisoft hanya boleh didapatkan melalui Ubisoft Connect atau Epic Games Store.

Assassin’s Creeds Shadows akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PC, Mac yang menggunakan cip Apple Silicon, dan iPhone 15 Pro atau lebih terkini.

Leave a Reply