Google hari ini meraikan bertih jagung melalui laman utama mereka, sekaligus menawarkan sebuah permainan berbentuk multi-pemain dengan konsep memfokuskan bertih jagung.
Melalui permainan ringkas berkenaan, setiap pemain akan membawa watak biji jagung, dan perlu mengelak daripada menjadi bertih jagung. Pemain yang paling lama bertahan dianggap pemenang. Pada setiap sesi, seramai 60 orang pemain bersaing antara satu sama lain dalam mengelak menjadi bertih jagung.
Bagi anda yang berminat, boleh memainkan permainan ini melalui pelayar web anda, pergi ke laman utama Google.com.my, dan seterusnya tekan pada logo Google yang bertemakan bertih jatung berkenaan.