Wizards of the Coast melancarkan penambahan seterusnya bagi Magic: The Gathering (MTG) iaitu Duskmourn: Hourse of Horror pada 27 September ini. Bagi pemain-pemain di Malaysia, acara pra-pelancaran kini bermula di pengedar-pengedar rasmi MTG.
Penambahan ini membawa pemain ke Duskmourn iaitu satu kawasan berbentuk rumah yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang seram. Selepas anak kepada Tamiyo iaitu Nashi secara tiba-tiba hilang, skuad mencari dan menyelamat ditubuhkan iaitu Niko, Tyvar, The Wanderer, Zimone, dan Kaito yang perlu memasuki Duskmourn.
Berikut adalah beberapa mekanik yang diperkenalkan ataupun kembali di dalam penambahan ini:
- Kad Room – Room merupakan kad enchantment yang menggambarkan lokasi di dalam Duskmourn, apabila digunakan pemain boleh memilih pintu mana yang ingin dibuka terlebih dahulu. Pintu juga boleh dibuka kemudian
- Manifest Dread – aksi baharu yang boleh dilakukan oleh pemain, apabila ia dilakukan pemain boleh melihat dua kad daripada pustaka dan pilih satu untuk diletakkan sebagai 2/2 creature yang tidak berwarna
- Impending – mekanik baharu yang pemain boleh mainkan dengan kos yang lebih sedikit sebagai kad bukan Creature dan mempunyai detik yang akan dibuang setiap pusingan sebelum ia menjadi kad Creature.
- Survival – kad yang memiliki Survival akan mempunyai kuasa jika ia terus hidup selepas fasa Combat
- Eerie – kebolehan yang akan terjadi apabila enchantment digunakan atau pintu kedua dibuka
- Delirium – kesan yang akan terjadi apabila terdapat lebih daripada 4 jenis kad di graveyard.
- Glimmer – kad Creature jenis baharu yang apabila mati, kuasanya akan kembali tetapi bukan lagi kad jenis Creature.
Magic the Gathering: Duskmourn: House of Horror ditawarkan dengan produk Play Boosters, Collector Boosters, Commander Decks, Pek Prerelease, dan Bundles. Bundles ‘Nightmare Edition’ juga akan dilancarkan pada 18 Oktober 2024.
Layari laman rasmi untuk maklumat lanjut.